Wednesday 24 November 2021

Projek Gallery Walk Program Pendidikan Inklusif (PPI) PPKI 2021

Tarikh: 24 November 2021 (Rabu)
Tempat: Sudut Gallery Walk PPI, SK Astana

Persekitaran kawasan sekolah adalah wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran dan ini bermula dari persekitaran yang kondusif. Oleh itu, strategi pembelajaran melalui kaedah perbincangan dapat memberi ruang kepada warga sekolah, ibubapa dan pelawat untuk lebih memahami Program Pendidikan Inklusif (PPI). Jadi, dengan adanya sudut Gallery Walk PPI, ini boleh digunakan sebagai wadah untuk menilai dan meningkatkan tahap pemahaman warga sekolah, ibubapa dan pelawat mengenai PPI. 

Antara objektif projek ini adalah:

a) Memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenal Program pendidikan Inklusif (PPI).
b) Meningkatkan kesedaran dan penerimaannwarga sekolah serta komuniti tetang kepelbagaian keupayaan MBK.
c) Memudahkan murid mendapat maklumat berkenaan PPI daripada “Gallery Walk”.
d) Mempelajari amalan terbaik PPI yang boleh dicontohi.
e) Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan dari “Gallery Walk”.
f) Melihat sendiri proses PdP secara inklusif.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah, iaitu Pn. Aida Kertina binti Hamden Hamid bersama-sama dengan PK PPKI, En. Dolhan bin Gazali dan guru-guru PPKI. 

Kesemua guru PPKI telah bekerjasama untuk mewujudkan dan menceriakan sudut Gallery Walk di bahagian blok pentadbir. Atas kerjasama daripada pelbagai pihak, projek ini telah dilaksanakan dengan berjaya. Tahniah diucapkan kepada warga sekolah yang terlibat dalam projek ini.








No comments:

Post a Comment