Tuesday 18 February 2020

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah & Program Bacathon 2020

Tarikh: 17 Februari 2020 (Isnin)
Masa: 7.10 - 8.40 pagi
Tempat: Dewan Budiman, SK Astana


Pada hari Isnin yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis pelancaran program Jom ke Sekolah semasa perhimpunan sekolah. Program Jom Ke Sekolah ini merupakan satu program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai usaha untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Antara objektif program ini adalah:

a) Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
b) Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
c) Melancarkan Buku Panduan PPS untuk digunapakai oleh sekolah dan PDRM.

Program ini berjaya dirasmikan oleh Tuan Sarjan Mohd. Asin bin Abdullah. Diharapkan dengan adanya program ini, disiplin murid sekolah akan meningkat dan masalah-masalah disiplin dapat dikurangkan.

Selepas majlis pelancaran Jom ke Sekolah telah selesai, perhimpunan sekolah diteruskan dengan majlis perasmian Program Bacathon anjuran PIBG sekolah. Antara objektif program ini adalah:

a) Menambah pelbagai bahan bacaan dan rujukan bercetak di perpustakaan sekolah.
b) Menggalakkan penglibatan murid dalam program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
c) Membiayai program-program kecemerlangan dan inovasi murid.
d) Membaikpulih dan menceriakan kawasan dan kemudahan sekolah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah, iaitu En. Jesi bin Jamri bersama-sama dengan barisan pentadbir sekolah. Dalam ucapan perasmian, beliau telah menerangkan kaedah pelaksanaan program Bacathon. 

Setiap murid akan diberi sekeping kad Bacathon dan mereka diminta untuk menyerahkan kad tersebut kepada ibubapa masing-masing untuk mencari sponsor. Para guru dan semua AJK PIBG juga akan diberi kad Bacathon dan mereka juga diminta untuk mencari sponsor. Warga sekolah telah diberi tempoh masa selama tiga minggu untuk berusaha mencari sponsor ke arah menjayakan program Bacathon.










Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah






       Majlis Pelancaran Bacathon anjuran PIBG SK Astana

No comments:

Post a Comment