Tuesday, 18 February 2020

Ceramah Kepimpinan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Tarikh: 14 Februari 2020 (Jumaat)
Masa: 8.10 - 10.10 pagi
Tempat: Makmal Komputer, SK Astana


Unit Bimbingan dan Kaunseling, dan AJK Pelantikan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan satu ceramah kepimpinan untuk semua pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas (tahun 2 hingga 6). Antara objektif program ini adalah:

a) Menanam sikap amanah, bertanggungjawab dan berani dalam menjalankan tugas.
b) Memahami bidang tugas dan batasan tugas sebagai pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
c) Memupuk kerjasama dan persefahaman antara pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas dengan warga pendidik.

Misi dan matlamat program ini adalah:
a) Membantu meningkatkan tahap kepimpinan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
b) Melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang lebih yakin dan bermotivasi.
c) Mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Program ini dikendalikan oleh dua orang guru pengawas sekolah iaitu Pn. Doris dan Pn. Flora. Seramai 90 orang murid telah menghadiri program tersebut. Antara intipati program adalah: 

a) Aktiviti 'ice-breaking' Kenali Diriku dan Dirimu 
   - Semua murid perlu bertanya soalan untuk mengenali lebih lanjut tentang rakan mereka sebelum mengisi borang yang diberi.

b) Aktiviti 'Siapa Aku?'
  - Secara individu, setiap murid berfikir dan menulis kelebihan dan kekurangan diri yang mereka dapat kesan.

c) Skop tugas dan tempat bertugas
   - Murid didedahkan dengan skop tugas sebagai seorang pengawas dan ketua kelas / penolong ketua kelas. Mereka juga ditunjukkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara pengawas dan ketua kelas / penolong ketua kelas.

d) Cabaran sebagai seorang pemimpin
    - Murid diberi penerangan tentang pelbagai cabaran yang mereka mungkin perlu lalui sebagai seorang pemimpin di sekolah.

Diharapkan agar pengawas sekolah serta ketua dan penolong ketua kelas dapat menolong meningkatkan tahap disiplin di sekolah di samping memupuk ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber, berani dan yakin pada diri sendiri.











No comments:

Post a Comment