Masa: 8.40 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Budiman, SK Astana
Unit Bimbingan dan Kaunseling, dan Unit Disiplin Sekolah di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan satu program gaya hidup sihat dan selamat untuk murid tahun 3, 4 dan 5. Antara objektif program ini adalah:
a) Memberi pengetahuan kepada murid tentang bahaya dan kesan rokok, vape, dadah dan gajet/Internet terhadap kesihatan dan kehidupan seharian.
b) Membimbing murid agar menjauhi diri dari rokok, vape, penyalahgunaan dadah serta tidak membiarkan diri sendiri menjadi hamba gajet/Internet.
c) Menyedarkan murid tentang harapan dan keperluan sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara terhadap generasi muda yang bebas rokok, dadah serta bijak kerana dapat menilai baik dan mudaratnya kecanggihan teknologi yang digunapakai pada masa kini.
Program ini dikendalikan oleh beberapa penceramah iaitu:
1) Pegawai dari Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching,
2) Pegawai dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kuching
3) Pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pejabat Wilayah Sarawak)
Seramai 300 orang murid Tahun 3, 4 dan 5 telah menghadiri program tersebut. Diharapkan agar program ini dapat dianjurkan lagi dengan lebih kerap untuk sentiasa mengingati murid tentang bahayanya rokok dan vape, dan juga Internet jika tidak digunakan dengan betul.

No comments:
Post a Comment