Friday 11 October 2019

Minggu Bahasa 2019 anjuran Panitia Bahasa Melayu

Tarikh: 23 - 27 September 2019 (Isnin - Jumaat)

Panitia Bahasa Melayu SK Astana telah menganjurkan Minggu Bahasa dari 23 higga 27 September. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk setiap tahap murid dari Pra Sekolah sehingga Tahun 6.

Hampir semua murid terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut seperti Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Menulis Karangan dan sebagainya. Majlis penyampaian hadiah untuk pemenang setiap pertandingan telah diadakan pada 7 Oktober 2019.

Murid-murid berasa gembira dan seronok kerana telah diberi peluang untuk mengikuti aktiviti dalam minggu tersebut. Diharapkan agar aktiviti seperti ini akan dijalankan lagi pada tahun yang akan datang.





No comments:

Post a Comment