Thursday 1 August 2019

Program Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik Tahun 5 2019

Tarikh: 1 Ogos 2019 (Khamis)
Masa: 10.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Makmal Komputer, SK Astana

Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan satu program kecemerlangan untuk sahsiah murid tahun 5. Antara objektif program ini adalah:

a) Meningkatkan sahsiah diri dan membina sikap positif.
b) Mengenalpasti sikap positif diri untuk dihayati dan diamalkan.
c) Memberi kesedaran tentang pentingnya disiplin dan pelajaran untuk kejayaan di masa mendatang.
d) Menyemarakkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
e) Memotivasikan diri supaya belajar dengan lebih teratur dan menanamkan cintakan ilmu pengetahuan.
f) Membentuk sahsiah diri serta menjana kecemerlangan akademik selaras dengan hasrat sekolah melahirkan modal insan yang berkualiti.

Program ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Sukri bin Muhamad, seorang penceramah yang terkenal dalam bidangnya. Tajuk ceramah beliau adalah 'Cemerlang Sahsiah dan Akademik'.



No comments:

Post a Comment